IQNA

Pilihan yang membangkitkan kekaguman pemimpin revolusi Islam+ Video

8:14 - September 20, 2022
Berita ID: 3101553
TEHRAN (IQNA) - Tilawah Al-Quran pembukaan majlis perkabungan delegasi pelajar pada hari Arbain Husaini di hadapan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, diikuti oleh pujian -Rahbar Yang Amat Mulia (مقام معظم رهبری).

Laporan IQNA; semasa Arbain Sayyidu-Syuhada, dewan Husainiah Imam Khomeini (ra) menjadi tuan rumah delegasi pelajar, dan para pelayat melaungkan; «لبیك یا حسین(ع)» "Labaika Ya Husain (as)" serentak dengan jemaah ziarah Karbala di hadapan Pemimpin Tertinggi Revolusioner Republik Islam Iran Imam Syed Ali Khamenei (hf).

Menjelang majlis ini, qari antarabangsa negara Republik Islam Iran, Syed Muhammad Husainipur telah membacakan ayat-ayat Kalamullahil-Majid yang menarik perhatian Rahbar (hf) yang hadir dalam pertemuan ini.

Tetapi yang lebih menyerlahkan bacaan qari muda negara ini ialah luahan satu makna kata oleh pemimpin tertinggi revolusi Islam tentang pilihan ayat yang dibacakan oleh qari, definisi yang diungkapkan dengan perkataan  -«خوش‌سلیقگی» - kesedapan pilihan - dari bahasa Farsi - Khush saliqe-i -, sebagai satu pilihan tilawah yang tepat untuk para pemuda:

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Qs, Al-Kahfi 18:10).

Syed Muhammad Husainipur, naib juara pertama pertandingan pelajar antarabangsa ke-5, yang kini bergelar pelajar di Universiti Tehran, berkata dalam temu bual dengan wartawan IQNA: "Ayat-ayat terakhir Surah Mubarakah Isra' dan ayat permulaan Surah Mubarakah Kahfi adalah pilihan saya, sudah tentu, setelah berunding dengan rakan-rakan, terdapat cadangan lain juga."

Bacaan pembukaan majlis oleh Syed Muhammad Husainipur.

 

 
 
 
 

4086314

captcha